Sabtu, 29 Disember 2012

Sekilas Pandang KGMB

Apakah KGMB?
KGMB adalah Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad, sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh guru-guru pada tahun 1967 dengan nombor pendaftarannya 4320.

Siapakah yang boleh menjadi anggota KGMB?
Guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang sedang berkhidmat adalah layak untuk mendaftar menjadi anggota KGMB.

Apakah tujuan penubuhan KGMB?
KGMB ditubuhkan bertujuan untuk:
1) Menggalakkan penglibatan masyarakat guru dalam pertubuhan koperasi supaya dapat membantu diri sendiri dan rakan anggota
2) Menanamkan sikap berjimat cermat
3) Menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan kepada anggota yang memerlukan mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan
4) Menggalakkan anggota mencarum, menyimpan dan membuat pelaburan dalam semua aktiviti KGMB
5) Melaksanakan dan mengurus satu skim Tabung Kebajikan di kalangan anggota
6. Memilih dan mengatur bagi mendapatkan polisi Insuran Berkelompok (Takaful) dari agensi insuran yang berwibawa
7) Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh menguntungkan koperasi dan anggota.

Isnin, 24 Disember 2012

Blog Rasmi KGMB

Bermula 24 Disember 2012, KGMB akan menggunakan blog sendiri untuk menyampaikan makluman serta berita-berita ringkas berkaitan dengan aktiviti-aktiviti koperasi. Adalah diharapkan melalui cara ini, ahli-ahli KGMB akan mendapat munafaat serta maklumat terkini.
Ahli-ahli juga digalakkan untuk berkongsi maklumat yang boleh memberikan faedah bersama di dalam blog ini. Segala artikel yang ingin dikongsikan bersama bolehlah dihantar ke email berikut:  kgmb1967@gmail.com

Sekian, harap maklum.