Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Kepada anggota beragama Islam, kami mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram. Semoga di tahun yang baru ini kita sama-sama lebih maju dan berjaya, semoga hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari sebelumnya...

Jumaat, 1 November 2013

Happy Deepavali


Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad mengucapkan
Selamat Deepavali
kepada anggota-anggota yang beragama Hindu

Selasa, 8 Oktober 2013

Hari Keluarga 2013 Di Phnom Penh, Cambodia

Kepada anggota KGMB di Selangor dan Wilayah Persekutuan

Tawaran dibuka kepada anggota-anggota berkenaan yang berminat untuk mengikuti program Hari Keluarga koperasi yang dirancang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18hb - 21hb November 2013
Destinasi : Phnom Penh, Cambodia
Kos : RM1,600 seorang

Kepada mana-mana anggota yang berminat untuk turut serta, bolehlah menghubungi pejabat koperasi bagi mendapatkan keterangan lanjut. Pinjaman mesra bagi yang memerlukan boleh diuruskan oleh pihak koperasi.

Tawaran ini ditutup pada pertengahan Oktober ini.

Rabu, 18 September 2013

BERITA BAIK Bagi Anak Anggota Yang Menduduki STAM

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi bulan lepas telah bersetuju untuk menganugerahkan dermasiswa kepada anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam STAM. Keputusan ini berkuatkuasa bermula pada tahun 2013 dan ianya setaraf dengan STPM.

Khamis, 13 Jun 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KGMB KALI KE-45

Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KGMB Kali Ke-45 telah dikeluarkan dan makluman mengenainya telah dimasukkan ke dalam BERITA KGMB Terbitan 2013 yang telah diedarkan kepada semua ahli melalui pos.

Berikut adalah petikan daripada Notis tersebut:

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KGMB Kali Ke-45 akan diadakan pada:
Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat : Kuala Lumpur International Hotel (KLIH)
Perwakilan KGMB 2013/2014 dijemput hadir. Mana-mana perwakilan yang tidak dapat hadir tidak boleh diganti.

Khamis, 14 Mac 2013

Pengiktirafan Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan KGMB

Untuk makluman anggota, di bawah ini disertakan salinan surat Pengiktirafan Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad.
(Sila klik pada setiap gambar untuk melihat imej yang lebih besar)

Setiap imej tersebut boleh dimuat turun dan dicetak untuk dilampirkan bersama permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing.



Rabu, 6 Mac 2013

Tarikh Mesyuarat Agung Kawasan

TARIKH MESYUARAT AGUNG KAWASAN KGMB UNTUK TAHUN 2013
SEMUA ANGGOTA DIJEMPUT HADIR

TARIKH
HARI
KAWASAN
WAKIL ALK KGMB
16.03.2013
Sabtu
Kedah/Perlis
1) Tn Hj Abd Hamid bin Bahari
2) En Hud bin Abdul Ghani
3) En Ismail bin Jaafar
16.03.2013
Sabtu
Perak
1) En Abdul Aziz bin Mohamed
2) En Abd Aziz bin Md Ali
17.03.2013
Ahad
Pulau Pinang
1) Tn Hj Abd Hamid bin Bahari
2) En Hud bin Abdul Ghani
3) En Ismail bin Jaafar
17.03.2013
Ahad
Negeri Sembilan
1) Tn Hj Abdul Rahman bin Abu Bakar
2) Tn Hj Ahmad Fuad bin Hj Ahmad
06.04.2013
Sabtu
Kelantan
1) En Abdul Aziz bin Mohamed
06.04.2013
Sabtu
Terengganu
1) En Abd Aziz bin Md Ali
06.04.2013
Sabtu
Johor
1) En Dzulkifli bin Jamhari
2) Tn Hj Mohd Thani bin Darus
07.04.2013
Ahad
Pahang
1) Tn Hj Abdul Rahman bin Abu Bakar
2) Tn Hj Ahmad Fuad bin Hj Ahmad
07.04.2013
Ahad
Melaka
1) En Dzulkifli bin Jamhari
2) Tn Hj Mohd Thani bin Darus
14.04.2013
Ahad
Wilayah Persekutuan
- SEMUA ALK -
21.04.2013
Ahad
Selangor
- SEMUA ALK -

Jumaat, 1 Februari 2013

Pakej Istimewa Pembiayaan Khas RM 50,000.00

Terma dan Syarat
1.      Telah menjadi anggota KGMB minima satu tahun atau mempunyai caruman sekurang-kurangnya RM 1000.00.
2.      Penjamin 2 orang dalam kalangan anggota KGMB.
3.      Pihak koperasi akan mendapat pengesahan majikan melalui telefon mengenai status perkhidmatan anggota.
4.      Jumlah potongan gaji tidak melebihi 60%.
5.      Pembiayaan akan dikeluarkan setelah syarat dan terma dipatuhi bergantung kepada kelulusan mesyuarat ALK.

Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan RM50,000.00
 1.      Potongan selepas 3 bulan pembiayaan dikeluarkan.
2.      Dilindungi insurans.
3.      Keuntungan daripada pembiayaan akan dipulangkan kepada anggota melalui dividen.
4.      Keuntungan koperasi memberi pulangan kepada anggota.

Tabung Kebajikan Am KGMB


Sila ambil perhatian terhadap perkara berikut:

·       Permohonan perlu disertakan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan Keputusan Peperiksaan / Surat Tawaran yang disahkan.
Permohonan yang sertakan salinan dokumen yang tidak disahkan akan ditolak.

·       Anggota yang memohon Dermasiswa KGMB mesti telah menjadi anggota sekurang-kurangnya dua tahun.

·       Untuk permohonan IPTA/IPTS anak anggota, umur anak yang berkenaan mesti tidak melebihi 23 tahun dan belum berkahwin.

1. Dermasiswa

 Untuk permohonan, sila cetak dan isi borang berikut:



2. Kematian



3. Lain-Lain

Borang Permohonan Pembiayaan Biasa

Untuk anggota KGMB yang berminat dan memerlukan, sila cetak dan isi borang berikut dan hantar ke pejabat KGMB untuk diproses


Jadual bayaran balik pembiayaan biasa adalah seperti berikut:


Keistimewaan Menjadi Anggota KGMB


Apa keistimewaan menjadi anggota KGMB?

Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad mempunyai kewangan yang kukuh hingga boleh menawarkan pelbagai insentif dan pakej yang menarik yang jarang mampu disaingi. Antara lain, ini termasuklah:

1.      Anda layak memohon Pembiayaan Biasa sehingga RM 30,000.00 tanpa penjamin.

2.      Anda juga layak memohon pembiayaan kali kedua melalui Skim Pembiayaan Mesra Pengguna.

3.      Pakej Pembiayaan Khas RM 50,000.00 dengan skim pembayaran balik yang menarik dan kompitabel.

4.      Kejayaan anda membawa masuk seorang anggota baru, RM 20.00 sebagai saguhati akan diberikan.

5.      Wang Ganjaran Persaraan sehingga RM 3,000.00 setelah anda bersara wajib dan telah menganggotai KGMB selama 15 tahun.

6.      Pelbagai faedah dan insentif daripada Tabung Kebajikan Am (TKA) KGMB.

Jumaat, 25 Januari 2013

Permohonan Menjadi Anggota KGMB

Anda berminat untuk menjadi anggota Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad? Jika syaratnya telah dipenuhi, anda boleh muat-turun Borang KGM1 (muka surat 1 dan 2) berikut dan ikuti panduan seperti yang tertera di bawah:
Panduan Mengisi Borang Menjadi Anggota dan BPA 1/79

1) Borang Menjadi Anggota
     *  Lampirkan 2 salinan kad pengenalan
     *  Lampirkan 2 salinan slip gaji yang telah disahkan majikan
     *  Lengkapkan di kedua-dua muka surat borang tersebut

2) Borang BPA 1/79 (Surat Pengakuan - Biro Perkhidmatan ANGKASA)
     *  Sila gunakan pena mata bulat (ball pen) berdakwat HITAM
          sahaja.
          Borang yang diisi menggunakan pena mata bulat yang lain
          tidak akan diproses oleh Biro ANGKASA.
     *  Anggota cuma perlu mengisi Bahagian 1, 2 dan 3
     *  Pastikan ada cop majikan pada borang sebelum diserahkan.

Isnin, 14 Januari 2013

Projek Perumahan Anyaman KGMB

Projek perumahan ini merupakan cadangan pembangunan 90 unit rumah teres dua tingkat yang terdiri daripada 32 unit Jenis A dan 58 unit Jenis B. Ia dirancangkan di atas Lot 3652, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk tetuan Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad
Pelancaran Awal telah disempurnakan oleh Pengerusi KGMB, Encik Abdul Aziz bin Mohammed, bertempat di Shah Alam Convention Centre pada Ahad 13 Januari 2013.

Berikut adalah rakaman peristiwa tersebut : (sila klik gambar untuk melihat imej yang lebih besar)

Ahad, 13 Januari 2013

Pelancaran Awal Anyaman KGMB

BERITA TERKINI

Pelancaran Awal Anyaman KGMB - suatu projek perumahan usahasama KGMB dengan Obor Timur Holdings Sdn Bhd (OTHSB) - telah dilaksanakan pada 13 Januari 2013 bertempat di Shah Alam Convention Center. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi KGMB, Encik Abdul Aziz bin Mohammed.

Berita terperinci beserta gambar-gambar sekitar majlis tersebut akan dimuatkan ke dalam blog KGMB ini sedikit masa lagi....