Apakah KGMB?
KGMB adalah Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad, sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh guru-guru pada tahun 1967 dengan nombor pendaftarannya 4320.
Siapakah yang boleh menjadi anggota KGMB?
Guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang sedang berkhidmat adalah layak untuk mendaftar menjadi anggota KGMB.
Apakah tujuan penubuhan KGMB?
KGMB ditubuhkan bertujuan untuk:
1) Menggalakkan penglibatan masyarakat guru dalam pertubuhan koperasi supaya dapat membantu diri sendiri dan rakan anggota
2) Menanamkan sikap berjimat cermat
3) Menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan kepada anggota yang memerlukan mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan
4) Menggalakkan anggota mencarum, menyimpan dan membuat pelaburan dalam semua aktiviti KGMB
5) Melaksanakan dan mengurus satu skim Tabung Kebajikan di kalangan anggota
6. Memilih dan mengatur bagi mendapatkan polisi Insuran Berkelompok (Takaful) dari agensi insuran yang berwibawa
7) Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh menguntungkan koperasi dan anggota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan